ismizalizalu?

Followers

Saturday, November 23, 2013

dunia kita tak sama


kita dalam dunia berbeza.
masalah pun tak sama.
kau hidup dalam istana bahagia.
aku hidup di lorong sisa.

hidup kau dipenuhi mahkota permata.
dan hidup aku penuh ranjau berdosa.
kita tak serupa dalam apa jua cara.
kerana kau tak rasa apa yang aku rasa.

kau fikir kau faham makna dunia.
yang tak pernah kau lihat depan mata.
dunia yang kau pernah rasa.
tak pernah sama dengan yang nyata.

dan aku fikir aku tahu segala.
walaupun tak pernah aku lihat semua.
hanya sekadar rasa-rasa.
yang belum pasti betulnya.

Razali Ahmad (23 November 2013)
*Idea spontan
*gambar tiada kena mengena




No comments:

Post a Comment