ismizalizalu?

Followers

Friday, January 13, 2012

pengalaman manis saya

assalammualaikum.. lama tak update.. almaklum lah, aku sibuk dengan peperiksaan akhir sem yang amat memenatkan.. hari ini aku nak tulis karangan darjah 5
______________________________________________________________

Tajuk: Pengalaman Manis Saya

Pada bulan lepas, saya dan kawan saya, Ameng, Palek dan Sapot telah pergi ke Sekinchan untuk memancing ikan. Kami mula merancang sehari sebelum bertolak ke sana. Segala persiapan telah kami bahagikan. Ameng yang bertindak sebagai ketua membahagi-bahagikan tugas mengikut bahagian masing-masing.

Saya ditugaskan untuk menyediakan peralatan pancing saya. Sapot dan Palek pula ditugaskan untuk menyediakan peralatan pancing mereka. Manakala Ameng sebagai ketua pula menyediakan peralatan pancing beliau sendiri. Setelah segala persiapan disediakan, kami pergi membeli umpan katak di sekitar kawasan Gombak. Sebanyak 30 ekor katak dibeli untuk memburu haruan dengan harga rm10.00.

Setelah itu, kami mula bergerak ke Sekinchan dengan menaiki kereta Perodua Kancil milik Ameng. Ameng yang sudah lama tidak memandu terpaksa mendapat sokongan rakan-rakan lain kerana beliau kurang yakin dengan kemampuan memandu beliau sendiri. Akhirnya kami berjaya sampai ke Sekinchan dengan selamat. Waktu itu, kami mula mencari-cari kawasan yang baik untuk memancing. Seperti yang dirancang sebelum ini, lokasi utama kami adalah kawasan sawah.

Setelah sampai di sawah, kami berasa sangat gembira kerana waktu itu padi sedang masak dan sawah kelihatan kekuning-kuningan. Permandangan disitu sangat cantik. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan menghayati keindahan sambil memancing ikan haruan. Pagi itu, kami melabuhkan mata kail dan berjaya mendapat sehingga 30 ekor ikan haruan. Semua ikan yang kecil kami lepaskan kerana kami mengamalkan konsep tangkap dan lepas. Pada tengahari, kami berhenti memancing kerana matahari sangat terik.

Kami ke surau berdekatan untuk menunaikan solat. Ikan haruan yang dipilih tadi disiang oleh Palek untuk di bakar pada petang nanti. Kami kemudian membeli nasi dan air di kedai berdekatan lalu terus ke tali air untuk berkelah. Kami melabuhkan pancing kami disitu sebagai aktiviti sampingan sambil menunggu ikan masak. Setelah masak, kami makan bersama-sama sambil menghayati suasana petang di tali air. Setelah siap segala aktiviti, kami menyimpan barang-barang kami dan kembali ke sawah untuk mencuba nasib dengan baki katak yang masih ada.

Kami pulang pada waktu mangrib dan bersolat di masjid berdekatan. Sapot terpaksa memandu kerana Ameng tidak yakin untuk memandu dimalam hari. Sebelum sampai ke gombak, kami singgah ke Mc Donalds untuk berehat. Walaupun kami letih pada hari itu, namun kami amat gembira kerana mendapat pengalaman yang manis.
_________________________________________________________

p/s: gambar akan di upload pada masa akan datang

No comments:

Post a Comment