Adikku
Wahai adik-adik kesayanganku
Aku garapkan nukilan ini untuk memberitahu
Bahawa tiada perkara yang membahagiakan abangmu
Selain melihat kamu berjaya selalu
Tidak pernah timbul perasaan benci
Walaupun perasaanku sering dilukai
Namun tidak pernah berbekas dihati
Kerana kamu masih aku sayangi
Masih ingatkah kamu akan pesanan ayah?
Hidup ini memang susah dan payah
Namun jangan sesekali kamu dekati dadah
Kerana itu akan membuat hidupmu musnah
Andai kata hidup kamu senang kelak
Janganlah dilupakan ibumu diteratak
Kerana apa yang kamu pinta dia tidak mengelak
Maka jangan sesekali biarkan hatinya berkerak
Sikapmu yang penuh dengan sambil lewa
Kadang-kadang buat aku kecewa
Namun kerenah kamu yang sedia ada
Membuat aku gembira dan bahagia
Andai kata cara aku mengiris hati
Membuat kamu merasa benci
Aku dengan rasa rendah diri
Minta maaf dengan apa yang terjadi
Ku berharap nukilan ini kamu baca
Sama ada esok atau lusa
Atau apa bila aku sudah tiada
Mungkin tidak sampai bila-bila
:( piok nak nangis boleh :(
ReplyDeletehaku terharu la sikit, sebab aku anak sulong, so post ni relate,
ReplyDeletebagi aku post ni sweet la. best2
haha, bukan ameng je leh berpuisi. aku pon boley la yop jm
ReplyDelete