ismizalizalu?

Followers

Wednesday, February 22, 2012

sekadar luahan hati

Adikku
Wahai adik-adik kesayanganku
Aku garapkan nukilan ini untuk memberitahu
Bahawa tiada perkara yang membahagiakan abangmu
Selain melihat kamu berjaya selalu

Tidak pernah timbul perasaan benci
Walaupun perasaanku sering dilukai
Namun tidak pernah berbekas dihati
Kerana kamu masih aku sayangi

Masih ingatkah kamu akan pesanan ayah?
Hidup ini memang susah dan payah
Namun jangan sesekali kamu dekati dadah
Kerana itu akan membuat hidupmu musnah

Andai kata hidup kamu senang kelak
Janganlah dilupakan ibumu diteratak
Kerana apa yang kamu pinta dia tidak mengelak
Maka jangan sesekali biarkan hatinya berkerak

Sikapmu yang penuh dengan sambil lewa
Kadang-kadang buat aku kecewa
Namun kerenah kamu yang sedia ada
Membuat aku gembira dan bahagia

Andai kata cara aku mengiris hati
Membuat kamu merasa benci
Aku dengan rasa rendah diri
Minta maaf dengan apa yang terjadi

Ku berharap nukilan ini kamu baca
Sama ada esok atau lusa
Atau apa bila aku sudah tiada
Mungkin tidak sampai bila-bila

3 comments:

  1. haku terharu la sikit, sebab aku anak sulong, so post ni relate,


    bagi aku post ni sweet la. best2

    ReplyDelete
  2. haha, bukan ameng je leh berpuisi. aku pon boley la yop jm

    ReplyDelete