ismizalizalu?

Followers

Monday, September 3, 2012

kambing hitam

assalammualaikum...

mbekkk mbekk mbekk... suara merdu sang kambing terngiang-ngian di benak kepalaku. seolah-olah memanggil aku. fokus aku hilang, aku terganggu. berat badan aku turun 30 gram. ternyata bunyi kambing itu bukan sahaja menyebabkan aku hilang fokus, malah turut menyebabkan aku hilang selera makan.

ini bukan cerita hantu, ini kisah yang akan berlaku.

sekarang ini, projek ternak arnab aku agak berjalan dengan lancar. walaupun aku masih mencuba-cuba untuk menjual sendiri arnab kepada pelangan. ye la kan, sebelum ini aku asyik tolak arnab ke kedai-kedai sahaja. bukan apa, kesian pelanggan, beli dengan harga mahal. sampai ada pelangan yang datang kerumah untuk mencari arnab. tapi dah terlambat. aku dah pun jualnya. insyaallah akan aku jual direct ke pelanggan dengan harga berpatutan.


berbalik kepada kambing tadi, sebenarnya aku sudah agak lama menyimpan angan-angan untuk menternak kambing. namun tidak pernah menjadi. ini berikutan masalah penempatan kambing dan makanan yang memerlukan modal yang agak besar. namun, setelah projek penternakan arnab ini hampir berjaya, aku mula nampak akan jalan-jalan untuk meneruskan projek kambing. dengan bermodalkan RM5.30, aku berjaya menyervey harga-harga kambing pasaran. haha.



insyaallah, tahun depan aku akan memulakan langkah pertama. aku masih mencari rakan kongsi(kalau ada).

_________________________________________________________

modal kasar:
tanah(sewa): rm100 sebulan
makanan: anggaran rm1.10 sebulan
kambing: 10 ekor x rm330 = rm3300

jumlah: rm3401.10

target untung:
selepas 3 tahun, untuk akikah dan korban
selepas 2 1/2 tahun, untuk makan

seekor jantan + 3 ekor betina,
maka (ij + 3b) = 10
1j = 10 - 3b

1j + 3b = 10
(10-3b) + 3b = 10
10 = 10

abaikan...aku dah pening

___________________________________________________________

mbekk mbekk mbekk..

doakan aku supaya aku berjaya dalam urusan aku. ameen.








No comments:

Post a Comment