ismizalizalu?

Followers

Sunday, November 13, 2011

hidup aku ibarat drama tv3

assalammualaikum.. apa khabar semua.. sudah agak lama kita tidak bersua dilaman blog ini.. almaklum lah, penulis agak sibuk dengan hal-hal duniawi..

sekarang ini aku lebih suka baca blog-blog orang lain, sambil melayan forum-forum.. selepas aku tonton cerita di tv3 tadi, baru aku perasan, hidup aku ni seolah-olah drama yang di olah oleh pengolah-pengolah filem..

dari kecil, hidup aku selalu gembira.. walaupun kadang-kadang hidup aku menguris hati.. pun begitu, sejak kecil aku hidup dalam dunia susah walaupun keluarga aku tidak begitu susah.. aku belajar dari hidup kecilku, mencari duit lebih setiap hari tanpa pengetahuan ibu bapa.. dunia kecilku begitu bermakna

meniti remaja, aku mula mencari-cari susur hidupku.. pernah dihina, dicaci kerana muka dan penampilanku yang -noob- dan selekeh.. ditambah pula dengan tomahan yang diberikan kepadaku, ku dilabel budak jahat kerana dikatakan menghasut anak jiran mencuri duit.. aku tahu bukan salah aku, namun aku senyap... aku mula mencuri perhatian dengan keputusan peperiksaan, sekurang-kurangnya aku berjaya membuat keluargaku bangga, walaupun ditomah dengan pelbagai cacian.

meningkat dewasa, semakin hidup aku mencabar.. aku mula berhadapan dengan liku-liku hidup dan mampu membuat aku berputus asa.. tapi aku teruskan.. kerana aku tahu, disebalik kejadian ini, ada hikmahnya walaupun aku masih lagi tidak nampak.. disini, pelbagai babak-babak drama tv3 mula terjadi.. seram?sedih? gembira? semuanya terjadi di depan mata aku.. kadang-kadang aku penat.. penat dengan semua yang terjadi... namun, apakan daya.. hidup tetap diteruskan demi kesejahteraan orang lain... kesejahteraan aku?

tiada~ mungkin ada~

hidup penuh dengan drama

2 comments:

  1. tiba-tiba rasa macam nak belanja awak makan lah.sambil gelak-gelak.sambil senyum-senyum.sambil gosip-gosip.. :)

    ReplyDelete
  2. ehem3 alang2 dah cakap ni kena la belanja
    haha

    ReplyDelete