ismizalizalu?

Followers

Friday, March 16, 2012

hidayah untuk dicari

bismillahirahmanirahim
assalammualaikum...

apa khabar semua? aku disini ada sedikit cerita...

tiga minggu lepas, seorang kawan aku dari terengganu datang ke uia untuk menghadiri seminar..beliau, mohd hafizi sekarang sedang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam bidang perkapalan gitu ler...





seminar berkisarkan productive muslim ini menampilkan penceramah-penceramah hebat.. mohammed faris adalah founder kepada productive muslim.com adalah panel utama.. apa yang disampaikan memang berkesan dan dapat menarik minat orang mendengar... ustaz zaharudin dan dr. harlina tu adalah panel jemputan untuk forum pada hari kedua...


alhamdulillah, pada hari pertama, dia telah mendapat kesan dari seminar tersebut dan menitiskan air matanya teresak-esak.. betapa berjayanya penceramah hari itu sekurang-kurangnya dia berjaya melanggar satu benteng masalah - kurang yakin.. tahniah bro..

dan alhamdulillah, selama 3 hari beliau di uia, beliau telah mendapat satu kekuatan baru menjurus beliau ke arah kebaikan secara drastik.. satu peningkatan yang bagus dan berkesan.. semoga semangat itu berterusan dan kekal dalam jiwamu...

sesungguhnya aku, dah 4 tahun aku berkampung di uia... dalam masa 4 tahun, tidak pernah aku berubah ke arah kebaikan begitu drastik... selama 4 tahun, aku disini, tiada apa yang berubah... hati aku sentiasa penat, bosan dan sebagainya... jiwa aku kelam, bagai tiada sinar...hilang hidayah kah aku?

sedang aku mencari-cari erti hidup, aku sedar sebenarnya hidayah itu adalah milik allah.. allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dia suka dan sebagai manusia, kita haruslah mencari hidayah itu.. sama konsep seperti harta kekayaan, jika dicari dan diizinkan allah, tentunya dapat..

kenapa mencari dahulu, baru diizinkan allah? bukankah allah yang mengawal semuanya?

memang, tapi kena ingat, selagi kita tidak berusaha, belum tentu allah hendak beri...selagi lagi aku ulang, sama konsepnya dengan kekayaan...

dan aku menulis ini, adakah aku berusaha ke arah itu? sebanyak mana usaha aku untuk mendapatkannya? terbuka kah hati ku? aku merenung-renung kembali paparan komputer aku... perit memikirkan betapa LOSERnya aku selama 4 tahun di UIA dan betapa BERTUAHnya kawan aku tadi...

ya allah, berikan lah aku hidayah, bukakan lah pintu hatiku untuk mu...

2 comments: