ismizalizalu?

Followers

Sunday, September 23, 2012

aku dan kucing

assalammualaikum... apa khabar?

aku mula minat kucing sekitar 7 bulan baru-baru ini. sebelum ini, rumah aku ada kucing bernama Kitty. Kitty ni spesies kucing yang ekor patah. walaypun ekor dia panjang, tetapi ekornya berlekuk-lekuk, macam patah. anak dan cucunya juga macam itu. tidak aku ketahui sebabnya. ini kucing kesayangan mak aku. sebab dia mahir selok belok rumah aku, pandai tangkap tikus dan tak berak merata-rata. tapi dia garang. suka marah-marah kalau orang sentuh badan dia. huii


baru-baru ni, Kitty beranak, tp semuanya mati. akibatnya dia murung, pastu selalu tedo dekat aku.. muram je wajahnya. seminggu lepas tu, dia dapat anak angkat, iaitu anak kepada anak dia yang sebelum ni, Kiko namanya. dia pun gembira dan jarang balik kerumah, sebab anaknya itu tinggal di rumah tok saudara.

disebabkan Kitty jarang duk rumah, aku pun decide nak amik seekor kucing. puas aku cari tapi tiada siapa nak beri. sampai la last, aku top up kredit henfon mak aku kat kedai, mak aku nampak sekor kucing lawa, tapi kurus giler dan kotor merayau-rayau. dia ikut mak aku masuk kereta, aku pun amik kucing tu, bawak masuk dalam kereta. kesian dia. lapar sangat. aku beri nasi kosong pon dia makan tergopoh-gopoh. masa tu kebetulan aku beli KFC, aku pun share la KFC aku dengan dia. memang dia betul betul lapar. habis dengan tulang-tulang dia makan.


namanya Kuma. Kuma dari spesies yang tidak diketahui. telinga dia bulat, kepala panjang macam harimau dan ekor dia kembang. kakinya bercorak belang. dia aktif sangat dan manja. suka benar gigit tangan dan kaki orang rumah. setakat ini, kucing ni tak kencing merata lagi.. maknanya tak matang lagi la tu.

seminggu selepas Kuma duduk dirumah, ada seekor kucing misteri berwarna putih datang ke rumah aku. dia lapar, jadi aku beri makan. lepas je siap makan, dia terus lari. hampir dua hari dia datang dan makan kat rumah aku, datang hanya pada waktu malam. aku dah check, rasanya bukan jin. lepas tu, terus tak datang lagi dah. selepas seminggu, kucing tu datang balik. aku berjaya tangkapnya dan kurung dalam rumah. mulanya aku ingat itu kucing orng sebab dia sangat lawa dan bulunya kembang. tapi bila dah tangkap, badannya sangat kurus. jadi baik aku bela.


Amu namanya. nama dia Amu sebab dia selalu sebut "amu, amu, amu" bila lapar. dia ni selow sikit. jenis kucing pemalas. aku rasa mungkin kucing siam. kalau dilihat, kelihatan bulunya ad yang panjang dan ad yang pendek. tidak rata. mungkin sebab tidak dijaga rapi oleh tuan sebelumnya (jika ada tuan). mak aku kurang suka kucing ni. sebab dia jenis berak di rumah. kalau kat tandas tu oke la ini kat atas baju. haish. 

itulah kucing aku sekarang. tapi sekarang ini, Kitty dah jarang balik rumah. dia tak suka Kuma. Amu pun tak suka Kuma. aku tak tahu kenapa. mungkin sebab Kuma ni pelik sikit kot rupanya. lama tak jumpa mereka.. sihatkah mereka.. heee

No comments:

Post a Comment