ismizalizalu?

Followers

Saturday, October 27, 2012

beraya bersama warga tua

assalammualaikum.. apa khabar? selamat hari raya aidiladha...

pagi tadi, aku berpeluang untuk beraya dengan warga-warga tua..
kisahnya, aku diminta tolong oleh pak sedara aku untuk hantar datuk aku ke sebuah rumah.. aku tak kenal..

dia pesan, pukul 9.30 pagi.. aku pun gerak la awal... rupanya pukul 11.. maka lepak lah aku dirumah datuk aku... pukul 10.40, aku terus gerak ke sana.. kami datang awal... jemaah lain masih tidak sampai... tepat pukul 11.30, datang lah jemaah lain.. aku terkejut, semua nya tua-tua... dalam 40 orang.. sah aku dengan adik aku paling muda...

majlis dimulakan dengan takbir raya... sungguh menyayat hati... sayu bila orang tua takbir... aku tengok seorang-seorang hadirin menangis.. ada yang tiada anak, ada anak tp dilupakan... demikian lah hidup manusia.... rumah itu penuh dengan gema takbir...selesai saja takbir, mereka bertegur sapa.. nampak gaya sudah lama saling kenal mengenali... biasanya mereka bincang pasal umur, sakit apa dan segala benda orang tua... siap cerita pasal orang jepun2 dahulu masa tanah melayu kena tawan dengan jepun.. haha

dari situ, aku tahu, tuan rumah tersebut yang diorang panggil Kak Dah setiap tahun buat acara sep[erti itu... mereka meraikan orang-orang tua.. alhamdulillah... insyaallah tahun depan dibuat jugak tapi dirumah anak-anak yatim milik suaminya.. rumah anak-anak yatim tersebut telah tertangguh sejak beberapa lama kerana ianya milik sepenuhnya, bukan milik kerajaan.. ada beberapa exco kerajaan merisik untuk diletak sebagai pusat kerajaan tetapi ditolak.. katanya dia beramal kerana Allah, bukan mahu cari publisiti.. alhamdulillah..

kemudian kami dijamu dengan makan-makan... nasi sedap.. memang banyak... tp almaklum lah, orang tua, mana makan banyak.. hehe...aku je la bedal.. tu pun tak sampai separuh.. kebetulan tuan rumah tu kenal ayah aku (tp tak kenal aku) hahaha..

sebelum pulang, hadirin diberi wang belanja, mungkin rm300-400 seorang.. aku tak pasti, tapi td datuk aku buka sampul, sarat duit rm50.. daging juga diberi... daging korban.. alhamdulillah... masih ada orang yang pemurah macam dia...

aku doakan semoga rezeki dia murah setiap tahun..

No comments:

Post a Comment