tp bila check, heartbeat aku tak normal. doktor cakap terganggu.. sebab tu sakit..
lantas aku dikejarkan ke HKL menaiki ambulans.. sumpah laju tak ingat.. aku masa tu dengan sorang lagi patient terbaring depan aku.. disebabkan aku membelakangkan arah depan, aku jadi pening.. aku hampir2 pitam.. dari sihat terus jadi tak sihat.. sampai-sampai di HKL, aku jalan huyung hayang dan terus masuk ke wad kecemasan..
habis cerita pasal aku sakit.. aku pun balik, tapi dalam perjalanan nak tunggu bas datang, aku singgah kejap kat kedai mainan depan sana.. aku pun tengok-tengok, ada kereta mini 4wd.. wow.. aku pon terus sebat satu..beak spider.. balik, lepas rehat rehat sedikit, aku terus pasang... bawah adalah gambar-gambar beliau..
![]() |
beak spider |
![]() |
aik, ini bukan beak spider.. ini max breaker! |
![]() |
max breaker hijau dengan stiker kilat |
![]() |
chasis, tayar span |
![]() |
gearing, shaft dan motor |
![]() |
plat kaler putih, nampak gaya besi murah.. bukan tembaga |
![]() |
sistem mekanikal yang mudah |
![]() |
sudah pasang tayar |
![]() |
tada... stiker tak cukup |
![]() |
tebuk lubang, baru kreatif |
1- finishing body, chasis, rim sangat-sangat tidak cantik.
2- gambar kat kotak beak spider, tapi tengok-tengok dapat max breaker.. jadi jangan percaya sangat dengan gambar
tapi ada juga kebaikan.. banyak yang boleh aku guna..sebagai contoh:
1- enjin/motor yang murah.. boleh dibuat sparepart atau modified
2- body yang amat ringan.. kalau nak masuk underground racing memang boleh sangat
3- body murah macam ni, kalau tebuk, cat sendiri atau buat apa-apa yang kreatif memang tak menyesal langsung kalau rosak.
4- roller boleh diguna kat kereta-kereta auldey atau tamiya yang laju lagi mahal.
5- sistem mekanikal yang mudah dengan 2 gearing system membolehkan kita mereka sendiri gearing ratio.
6- tayar span dia cantik juga.. boleh layan main kawasan berair..
7- stiker dia lagi bagus, kalis air.. berkilat.. lagi kemas dan tidak mudah koyak..
bila sembang kereta murah macam ni, jangan la bandingkan dengan kereta mahal-mahal macam tamiya, auldey atau gokey. sebab dah berbaloi untuk semua barang-barang yang diberi..
mungkin aku akan berikan secara percuma kereta ini kepada mana-mana customer yang beli 3 atau lebih kereta auldey dari aku.. supaya terbuka sikit minda untuk menjadi kreatif... hehe jangan marah...
sila lawati gerai saya di [gerai koleksi zalu] atau search di facebook : Gerai Koleksi Zalu
No comments:
Post a Comment