ismizalizalu?

Followers

Tuesday, January 7, 2014

episod 1 sufika hanis

Kelihatan Amir Haikal mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Sekali sekala melihat jauh ke luar tingkap dan jam di dinding. Bersilih ganti.

"Sudah pukul 10 malam, tak pulang-pulang lagi". Amir mengomel sendirian. Jelas terpancar riak kerisauan diwajahnya.

Tiba-tiba terdengar bunyi diluar rumah. Wajah Amir berubah, antara marah dengan risau. Hatinya jiwa kacau seraya melihat ke luar tingkap.

"Hem, balik jugak akhirnya", sedikit rasa lega dalam hatinya.

"Lewatnya pulang, pergi kemana?", Amir mula membuka bicara. Sufika Hanis yang baru sampai di pintu mendongak, melihat tanpa sebarang jawapan. Hanya melihat dan berlalu masuk ke rumah. Mungkin ke dapur atau terus ke bilik tidur. ternyata Amir terpingga-pingga dengan kejadian itu.

Terdetik dalam hatinya jikalau dia ada "terbuat" salah. Namun tiada jawapan untuk soalan dihatinya itu.

"Dia marah aku ke? Atau dia ada masalah? Kenapa sampai tak tegur langsung? Aku ada buat salah ke?", pelbagai soalan mula timbul satu persatu. Terdetik dalam hatinya jikalau dia ada "terbuat" salah.

Semua soalan itu tidak berjawab. Dibiarkan berpusing-pusing di segenap ruang dalam kepalanya. Hampir 20 minit dia terpaku dengan keadaan sebentar tadi, dia seolah-olah tersentap oleh masa yang dibazirkannya.

Dia terus ke bilik tidur untuk melihat keadaan Sufika Hanis yang baru balik. Kelihatan Sufika Hanis sudah melelapkan mata. Mukanya kelihatan begitu penat. Amir tidak berniat untuk mengejutkan Sufika Hanis kesayangannya itu. Sekurang-kurangnya perasaan risaunya sebentar tadi terhapus. Dia terus berbaring dan terus melelapkan matanya. Bersedia untuk hari esok.


bersambung...

No comments:

Post a Comment