ismizalizalu?

Followers

Tuesday, January 7, 2014

episod 2 sufika hanis

Esoknya, Amir bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk Sufika Hanis kesayangannya itu. Dia ingin buat sedikit kejutan kepada Sufika.

"Hari ni, Amir buat makanan istimewa untuk Sufi. Sufi makan ye",  Sapa Amir sejurus selepas Sufika keluar dari bilik tidur. Sufi tidak menjawab. Dia menjamah makanan yang disediakan oleh Amir dengan tergesa-gesa. Amir hanya terdiam melihat gelagat Sufika. Dalam kepalanya, bermacam-macam pertanyaan ingin disoal namun dia harus sabar. Dia perlu menunggu masa yang sesuai. Amir ternyata hanyut dalam lamunannya.

Sedar-sedar, Sufika sudah menghabiskan sarapannya lalu terus menuju ke pintu utama. Amir sedikit kecewa dengan sikap Sufika yang seolah-olah mengabaikan dirinya. Dia hanya melihat Sufika keluar dari rumah. Hasratnya terbantut. Segala persoalan dalam kepalanya hilang. Hatinya kecewa. Amir bangun dan terus mengemaskan sisa-sisa makanan dengan cepat. Dia perlu bersiap ke tempat kerja.

Kelihatan Amir bersandar malas di dalam pejabatnya. Suasana berkerjanya hilang ekoran kejadian pagi tadi. Sebagai seorang pemilik syarikat mainan, kehidupannya agak mewah. Kehidupan Amir boleh dikatakan sempurna. Dengan wajahnya yang agak manis, ramai perempuan tergila-gilakannya. Namun dia bukanlah jenis yang suka bersosial dengan sebarangan perempuan. Lebih-lebih lagi setelah hadirnya Sufika Hanis dalam hidupnya.

Amir Haikal merenung dinding di depannya. Seolah-olah ada sesuatu tercatat di dinding tersebut. Walhal, tiada apa-apa melainkan batu marmar yang dijadikan sebagai penamat dinding. Sebaliknya banyak perkara tercatat di dinding kepalanya. Dia mengeluh panjang. Fikirannya mengundur masa jauh kebelakang.

Masih terbayang di fikirannya bagaimana keluarganya menentang hasratnya untuk hidup bersama-sama Sufika Hanis seketika dulu. Masih tergiang-ngiang di telinganya dengan kata Mama.

"Kau jangan buat hal yang bukan-bukan Amir! Entah dari mana asalnya pun kau tak tahu. Anak siapa pun kau tak tahu, kau nak amik dia hidup bersama kau?, soal mamanya dengan nada perli.

Namun, dia tetap meneruskan hasratnya itu. Dalam keberatan, Mama dan Papa Amir terpaksa menerima kehadiran Sufika Hanis. Bagi mereka, kebahagian anak mereka lebih penting dari hasrat hati mereka.

Pintu bilik pejabatnya diketuk, dia tersedar dari memori silamnya itu.

"Kau ni kenapa Mir? Murung je aku tengok. Kau ada masalah?", soal Ferhad Najib; kawan semenjak bangku sekolah.

"Takde apa-apa pun, cuma aku penat", jawab Amir dengan suara lemahnya.

"Kau jangan tipu aku Mir, dah lama aku kenal kau. Kalau muka monyok macam ni, mesti ada masalah. Pasal Sufi?", Ferhad cuba meneka. Ferhad seolah-olah tahu masalah yang dihadapi oleh Amir. Masakan tidak, mereka rapat sejak dibangku sekolah. Tiada rahsia antara mereka, masing-masing kenal benar dengan perangai setiapnya.

"Ha-ah", jawab Amir sepatah mengiyakan tekaan Ferhad tadi. Ferhad tersenyum puas seolah-olah tekaannya berjaya dalam Magnum 4D. Kelihatan jelas mukanya yang girang. Tanpa diminta, Amir menceritakan semuanya kepada Ferhad.  Sekumit perasaan sedih dan malu bila terpaksa menceritakan kisahnya kepada kawannya itu namun dia sedar kalau tidak diluahkan, memang makin parah jadinya!.

Ferhad mengangguk-angguk seolah-olah faham setelah mendengar masalah Amir tadi.

"Dah lah, jom aku belanja kau makan. Hal kecil je tu. Biasa lah kalau sekali sekala angin dia datang." pujuk Ferhad. Amir sedikit lega dengan respon yang diberi. Ferhad bangun dan memberikan isyarat untuk belanja makan. Amir hanya menurut langkah Ferhad.

bersambung..

Episod 1

No comments:

Post a Comment