ismizalizalu?

Followers

Tuesday, December 20, 2011

amalkan gaya hidup sihat - part 2

assalammualaikum.. apa khabar rakan-rakan... harapnya semua sihat sejahtera hendaknya..

sempena menyambut tahun baru ini, aku ingin bercerita mengenai gaya hidup sihat... ramai di antara kita yang kurang menjaga kesihatan dan akhirnya menjurus kepada masalah-masalah kesihatan yang kronik (aku lah tu)... jadi, aku beriktikad untuk mengubah gaya hidup aku mulai sekarang... mari kita tengok apa yang aku buat.. hehe 

dalam tajuk yang lepas-lepas, aku ada bercakap mengenai aktiviti sukan yang aku lakukan. alhamdulillah, setakat ini semua masih dalam pengaturan. kali ini aku nak bercerita mengenai permakanan. selain aktiviti sukan, permakanan adalah aspek yang penting dalam menjaga kesihatan. ini adalah apa yang aku lakukan.

B- permakanan
1- rancang waktu permakanan. elakkan makan lewat malam. sebelum ini, permakanan aku agak tidak teratur. sesuai dengan status seorang pelajar, waktu makan aku agak terhad dan tidak teratur. makan kadang-kadang awal, kadang-kadang lewat.

sinonim dengan makan waktu malam-mee goreng mamak


2- kurangkan makanan berlemak terutama lemak tepu

badam mempunyai kandungan lemak tak tepu yang tinggi


3- minum air suam sebelum makan. ini aku selalu tengok orang jepun buat dalam cerita drama.kesannya, kita akan cepat kenyang

citer ni la yang aku tengok


4- makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.. satu sunnah yang sering ditinggalkan.

makanan rm3


5- minuman bijirin seperti air barli, oak, kacang merah. aku minum air barli sebab aku sakit, dan alhamdulillah, dah tak sakit lagi. oak dan kacang merah pula sebab mereka ni mengenyangkan dan mampu menguruskan aku yang sudah gemuk :)




 kisah yang lepas
amalkan gaya hidup sihat part 1

bersambung...

3 comments: