ismizalizalu?

Followers

Saturday, October 13, 2012

pengakhiran aku dan bc?

assalammualaikum... apa khabar rakan-rakan. ..

baru-baru ini, aku telah pun menjual satu-satunya bc (baitcaster) aku.. aku sangat jarang pakai bc kerana kesusahan semasa mengunakan nya seperti masalah tali serabut, balingan tidak tepat, balingan gagal, dan lefthended item.

disebabkan itu, aku telah pun menjual bc aku.. aku buat iklan dalam mudah... alhamdulillah, tak sampai 1jam aku letak iklan tersebut, dah ada beberapa orang merisik... dan alhamdulillah, barang tersebut telah booked.. seingat aku, dalam  10 orang jugak dalam waiting list..

keesokkannya aku pulang ke KL, aku telah berjumpa dengannya untuk serahkan barang tersebut.. alhamdulillah, dia berminat.. sambil lepak2 borak-borak pasal mancing, dia menceritakan pengalaman dia.. best dengar cerita otai ni... macam2 cerita keluar...

selesai urusan jual beli, aku balik ke bilik.. dan aku inform semua yang waiting list yang barang sudah dijual.. aku remove iklan dari mudah... namun keesokkannya, masih ad yang call.. tanya pasal kekili tu.. :) laku jugak lefthanded item ni yerk...

kekili yang aku maksudkan tu ialah exori phantom 100...

memori aku bersama bc [i love bc]



sekarang ni, tiada langsung set bc/multiplier dalam koleksi aku.. aku berkira-kira untuk angkat satu shakespear, namun aku takut aku kecewa lagi...

adakah ini pengakhiran aku dan bc?


No comments:

Post a Comment