ismizalizalu?

Followers

Saturday, January 11, 2014

episod 4 sufika hanis - final

Pagi itu, seperti biasa dia akan menyediakan sarapan untuk Sufika Hanis. Selesai saja menghidangkan sarapan, dia terus kebilik untuk bersiap tanpa menunggu Sufika makan terlebih dahulu. Di tangannya terpegang kemas beg laptopnya seolah-olah mahu bertolak ke tempat kerja.

Amir menunggu masa yang sesuai. Dia mengintai dari tirai tingkap dari bilik tidurnya. Permandangan dari biliknya amat jelas kerana biliknya di tingkat empat. Setelah Sufika Hanis keluar dari rumah, dia dengan perlahan-lahan bergerak ke bawah. Kali ini dia berniat untuk mengekori kemana Sufika pergi.

Perlahan-lahan dia menghidupkan kereta Aston Martin Vanquish 6.0 V12 yang bernilai sekitar RM1.7 juta yang dibelinya pada bulan lepas. Sebagai seorang lelaki yang berjiwa muda, dia amat bertuah kerana mampu membeli sebuah kereta idamannya. Walaupun tidak berpelajaran tinggi, namun usahanya untuk berniaga kecil-kecilan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia 6 tahun lalu membuahkan hasil sehingga berjaya membuka syarikat sendiri.

Amir terpaksa membantutkan usahanya untuk mengekori Sufika dengan keretanya kerana Sufika pasti dapat mengecam keretanya. Nak atau tidak, dia terpaksa berjalan kaki sahaja. Selama 15 minit dia mengekori Sufika, tiada tanda-tanda mencurigakan. Namun dia harus bersabar.

Beberapa minit selepas itu,  Sufika berhenti di suatu tempat. Amir mula memasang mata. Hatinya tersentap, marah bercampur geram.

"Celaka punya betina, dasar tak sedar diri!", kata-kata mamanya mengenai Sufika terlintas dikepalanya. Di hadapan matanya sendiri kelihatan Sufika bermanja-manja dengan pasangan yang entah dari mana. Amir menahan kemarahan.

Lebih kurang 2 minit mengintip, Amir tidak dapat bersabar lagi. Dia terus menyerbu mereka. Jantan tersebut mengelabah melarikan diri. Hanya Sufika berada disitu terduduk tidak mampu melarikan diri. Dia terkejut melihat Amir berada disitu.

"Jahanam punya jantan, dasar pengecut! Tak bertanggung jawab langsung.", getus hati Amir. Kemudia dia melihat Sufika Hanis yang terduduk disitu. Matanya hanya melihat Amir yang sedang marah.

"Sufi ni kenapa sebenarnya? Tak cukup lagi ke dengan apa yang Amir beri selama ni? Amir cuba mengawal nadanya walaupun hatinya mengelodak bagaikan Gunung Berapi Krakatua yang menunggu masa untuk meletus. Sufika hanya terdiam.

"Sufi, lepas ni jangan la buat lagi macam ni. Amir risau.", Amir menghulurkan tangannya.  Sufika seraya menyambut tangan Amir dan terus bangun.

Sufi melihat tepat ke mata Amir dan terus bersuara.
"Meow meow.", Sufi bersuara lemah. Dia tahu tuannya sangat marah dengan perbuatannya tadi. Amir mengosok-gosok kepala Sufi dan terus mengangkatnya untuk pulang.


Tamat.

Episod 1
Episod 2
Episod 3

1 comment:

  1. Singgah & follow. follow me back http://rookieleviosa.blogspot.com/

    ReplyDelete